Followers

Sunday, 27 April 2014

cerita cinta monyet ! :)



 assalamualaikum ! :)
hari ni rajin menaip sikit , buat cerita dikala bosan kan. so enjoy la dengan cerita ni.. aku tidak sehebat penulis novel , tapi tak salah kalau aku cuba untuk mengarang sebuah cerita kan ? cerita pendek yang aku buat ni tidak siap sepenuhnya ada sambungan dia.. just waitt ! :)



 Hari ini keluarga aku berpindah ke Putrajaya, kerana ayah aku  menguruskan cawangan Atuk di sini. Kawasan tempat yang baru aku pindah penuh dengan kehijauan, tenang dan lapang. Tidak seperti di perumahan lama aku.. penuh dengan kesesakkan dan bising bunyi kenderaan.
     Pukul 6.50 pagi aku bangun terus mandi dan solat subuh. Hari ini perlu daftar sekolah disini.. entah macam mana orang-orang disini. Aku mengambil beg sekolah dan terus ke bawah untuk sarapan.
     Hmm.. lupa nak kenalkan keluarga aku.. tu yang sedang menghidang nasi ibu kesayangan kuu Puan Marliana.Yang sedang baca buku abang sulung aku nama dia Tengku Faris, dia suka membaca so tak heran la kalau dia pelajar cemerlang di university oxford dulu, sekarang dia berkerja dengan papa, bantu papa menguruskan syarakat. Yang rambut perang sikit kakak sulung, Tengku Farisha dia pun dah berkerja pengurus butik pengantin di Bandar Kuala Lumpur, dia mengambil cuti 4 hari untuk teman ibu dekat sini almaklumla baru pindahkan. Haaa yang baru turun tu abang aku yang ke 3 dikataka bongsu lelaki, Tengku Farhan belajar di jepun jurusan engineer, tengah bercuti sem katakana seronok duduk rumah, rumah baru lagi. Aku ? Tengku Farah, baru form 5, insyaallah aku ingin Berjaya seperti abang dan kakak,
  ‘’adik, dah bersedia kesekolah baru?’’ soal Tengku Farhan
Aku diam.. tak tahu jawapan apa yang aku nak bagi, bersedia? Memang tak lah.
‘’ adik abang Tanya tu’’ ibu pula yang masuk campur.
‘’entah la abang’’ itu sahaja jawapan yang mampur aku bagi
‘’ selamat pagi’’ tengku faizul mengambil tempat di sebelah farah.
      Papa Tengku Faizul bin Tengku Jamaludin seorang tegas dan sibuk dengan urusan pejabatnya, sampai tiada masa untuk aku bercerita, kongsi masalah. Hanya pada ibu sahaja tempat aku mencerita segalanya.
‘’ adik pergi dulu’’ aku bersalaman dengan kedua ibu bapa aku dan juga kak dan abang.
‘’adik jangan lupa, petang nanti daftar dekat sekolah memandu ye, jangan lupa bagitau pak mail’’ pesan tengku faizul
    Aku hanya mennyetujui apa sahaja arahan papa, yela kalau di langgarnya nanti cakap aku ni anak derhaka.
‘’ pak mail nanti petang boleh hantarkan farah sekolah memandu?’’ pak mail hanya mengangguk. Pak mail sudah aku anggap sebagai ayah kandung ku sendiri, dia tidak banyak bicara nak cakap pun, cakap yang perlu sahaja, untuk berkongsi cerita? Memang tak lah.
   SEKOLAH MENENGAH PUTRAJAYA itu lah nama sekolah baru aku.
   Aku di tempatkan di kelas sains tulen, aku melihat sekolah ni sangat bagus dan semua up to date sekolah kerajaan yang sangat mewah pernah aku jumpa.
‘’ semua bangun! Selamat pagi cikgu’’ seorang ketua kelas memberi arahan, mendegar kerusi berundur. Semua mengikut arahan.
‘’ selamat pagi semua, hari ni kita ada seorang pelajar baru,yang akan belajar bersama korang semua.. okey farah kenalkan diri kamu’’ cikgu Roslina adalah guru kelas aku yang baru. Dia menuju ke mejanya, meninggalkan aku sendiri di depan untuk mengenalkan diri. Aku menarik nafas!...
‘’Hai, saya Tengku Farah bt Tengku Faizul.. sebelum saya berpindah sini saya duduk dekat KL Damansara, saya harap semua boleh memberi kerjasam kepada saya. Salam perkenalan.’’ Senyum….
‘’okey Tengku Farah awak boleh ambil tempat awak di sebelah shahmin’’
      Aku mengangguk dan berjalan kearah yang ditempatkan oleh cikgu Roslina.. semua seakan membisik-bisik…. Entah apa yang salah.
    Cikgu Roslina memulakan pembelajarannya. Lelaki di sebelah hanya menumpukan kepada Cikgu Roslina sedikit pun tidak berpaling dan menegur aku.. boleh di kategorykan lelaki ni sombong.
   Loceng sudah berbunyi itu tandanya waktu rehat.
     ‘’ Hai! Saya Hanani’’ hanani menegur aku sebelum lelaki tadi.. lelaki tadi keluar tanpa mempedulikan sekeliling.
‘’ hai,’’ aku menyambut huluran tangan hanani.
‘’ dia tu shahmin, budak baru masuk semalam, kiteorang semua dah cuba berkawan dengan dia.. tetapi sombong, nasib kau la farah duduk sebelah dia’’
oo… macam tu ceritanya, sombong…. Macam mana nak buat kawan semeja kalau macam ni..
aku dengan hanani menuju kekantin  untuk mengisi perut yang lapar. Aku hanya memilih nasi lemak dan air oren.. harganya juga berpatutan.
‘’ rumah kau area mana ea?’’ hanani menanya aku dengan makanan penuh di mulut.., ish ish tak senonoh betul..
‘’ dekat perumahan putrajaya presint 8’’ hanani melopong
‘’serius?’’ Tanya hanani bagaikan tidak percaya..
Aku kehairanan ape masalahnya kalau aku kat duduk sana?
‘’a.aa kenapa? Ada tidak kene ke?’’
‘’ serius beb? Waaa situ kan golongan orang kaya je, maknanya kau dalam kategori tu lakan?’’
Aku hanya senyum dan terus dengan makanan aku. ‘’kau duduk area mana ?’’
Hanani senyum ‘’ sama ‘’ sepatah sahaja jawapan dia bagi, aku hanya mengangguk.
     Selesai makan kami berjalan-jalan sekeliling sekolah hanani menunjuk tempat-tempat seperti library, makmal sains, tempat himpunan, bilik guru dan lain lain lagi. Sungguh seronok dengan sekolah ni, sangat cantik dan sangat mewah walaupun sekolah kerajaan.
     Loceng berbunyi tandanya sudah habis waktu rehat. Aku dan hanani terus berlari ke kelas. Katanya cikgu yang mengajar bahasa BI ni garang, kene tepati masa tidak boleh lambat terpaksalah aku dengan hanani berlari sebabkan takut kene denda.
     Sampai sahaja di kelas cikgu garang tu dah masuk, alamak! Habislah kiteorang.
‘’ermmm, Nampaknya ada yang kene denda ni’’ aku dengan hanani muka macam ayam berak kapur takut , cuak semua ada.
‘’ hah! Tercegat dekat pintu tu kenapa? Nak berdiri kat lua je ke?’’ garang sungguh cikgu ni betul la cakap hanani garang giler!
     Aku dengan hanani jalan perlahan dengan muka takut… ‘’sekejap!’’ kiteorang berhenti ‘’hanani pergi tempat kamu, berdiri atas kerusi’’ PAP! Rotannya di hentak atas meja, terkejut gila aku.
‘’saya tak Nampak awak sebelum ni? budak baru?’’ aku hanya mengangguk kepala.
‘’ok kenalkan diri awak’’ sekali lagi…..
‘’ nama saya….’’ PAP! Bunyi rotannya.
‘’ in englis please’’ hak alah tadi tak cakap awal-awal..
‘’ hello, my name Tengku Farah bt Tengku Faizul…..’’ err ape lagi aku nak cakap ni……
‘’ ermm , I from KL Damansara’’…. Senyum kambing ‘’ nice to meet you’’ aku pandang cikgu garang mintak duduk tapi… dia senyum pulak.. ‘’okeyh nice to meet you, so have a seat’’ aku terus berjalan menuju tempat aku.
     Baru je nak duduk aku terdengar budak sebelah gelakkan aku. Aku pandang dia, dia terus focus kat depan. Ape lah masalah dia ..
     Tamat sudah pembelajaran aku hari ni, aku masukkan buku kedalam beg, si shahmin masih lagi dengan pen dan bukunya, hai taknak balik ke budak ni..
‘’Erm tak balik lagi ke?” aku cuba tegurnya
‘’belum.” Sepatah dia menjawab.
aku terus kemas barang aku tanpa pendulikan dia.
BAB 2
     Shahmin terus parking motosikalnya kedalam garaj. Dia terus berjalan masuk kedalam rumah tanpa memberi salam dan kasut sekolahnnya besepah diluar. Nekda hanya menggeleng.
     Nekda yang berkerja sebagai orang gaji dirumah, Nekda berkerja dengannya sejak dia berumur 7 tahun. Nekda sudah masak dengan perangai baran shahmin biasala bongsu lelakikan apa yang dia nak mesti akan dapat punya.
‘’amin, meh dekat papa’’ Dato’ Razali memanggilnya. Shahmin yang baru sahaja menaiki tangga berhenti. Dia memandang papanya dengan sinis. Tanpa mempedulikan papanya dia terus menapak keatas.
     Datin Shamsiah hanya menggeleng melihat karenah shahmin yang sejak dua menjak menjadi pendiam dan mudah marah. Bukan Datin Shamsiah tidak tahu puncanya, puncanya juga datang dari Datin Shamsiah juga.
‘’biar la dia abang, bagi la dia masa tenangkan diri dia tu’’ Datin Shamsiah menghulur kopi kepada Dato’ Razali
‘’ abang bukan apa yah, dah dekat sebulan dia macam tu, diam , sikit-sikit nak mengamuk.’’
‘’bukannya abang tak tahu, dia tu sayang gila dekat budak.. sapa nama budak tu lupa dah saya bang.. sebab budak tu la dia jadi macam tu’’ mengeluh Datin Shamsiah dengan Anak terunanya sorang tu.
‘’budak mana awak ni?’’
‘’budak mana lagi, si Ain tu lah, budak sekelas dia dulu’’
     Tersembur Dato’ Razali mendengar nama Ain. ‘’awak jangan nak mengungkit nama budak tu lagi, sakit telinga saya ni’’  Datin Shamsiah mengurut belakang suaminya. ‘’ saya cakap la , awak yang Tanya.’’
     Shamin hanya memandang sayu gambar Ain. Sejak dia pindah ke putrajaya kekasih hati yang dia puja selama ini, tiada khabar berita, mesej , call pun tidak. Shahmin masih setia menunggu panggilan, mesej dari Ain.
‘’ awak, nanti awak pindah.. awak lupakan saya?’’  Ain menatap wajah shahmin.
Shahmin pegang tangan Ain , seakan memujuk seorang baby yang inginkan anak patungnya.. dia membelai pipi Ain.
‘’tak la, sayang… awak sentiasa disini’’ shahmin mengambil tangan Ain dan letak didadanya.
Ain senyum… ‘’awak janji dengan saya, awak takkan sesekali lupakan saya tau!’’
Shahmin mengangkat tangan bagaikan sumpah ‘’ia, saya janji saya takkan lupakan awak, saya akan sentiasa call awak, msj awak.. okeyh?’’
‘’janji?’’ Ain membuat kepastian
‘’ia saya janji’’.
     Shahmin mengambil handfonnya dan menekan number Ain
‘’maaf number yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, sila….. tut tut tut
Shahmin mencampak handfonnya kedinding. Kenapa kau buat aku macam ni? aku masih berpegang pada janji aku. Tapi kau? Kenapa ain…. Shahmin hanya merintih. Sungguh! Dia sayangkan Ain.
     Farah hanya memandang di luar tingkap keretanya, entah apa yang difikirnya. Pak Mail memandang farah yang hanya termenung.
‘’ farah, boleh pak mail Tanya?’’ tersentak farah dari lamunannya
‘’apa dia pak mail?’’
     Pak mail masih dengan pemanduannya. ‘’jadi tak buat lesen? Kalau jadi kita pergi daftar dulu, baru balik. Sebab pak mail ada hal sikit kat rumah tu’’  Tengku farah hanya senyum ‘’tak pa pak mail farah rasa farah taknak buat dulu lesen, nanti habis spm baru farah fikir nak buat.
     Shahmin memandang sekelilingnya, penuh dengan kemesraan pasangan yang bercanda.. sekilas dia teringat kenangan dia dengan Ain. Dia menggeleng, aku harus lupakan dia! Shahmin terus berjalan tanpa melihat kiri kanan, sekali terlanggar daa, bam! Habis makanan budak perempuan itu bertaburan.
‘’maafkan saya’’ ucap shahmin
‘’erm takpa’’ farah mengangkat muka, alangkah terkejutnya apabila dia berhadapan dengan shahmin budak sekelas dengannya yang tidak petah bicara tetiba bersuara berkedip-kedip matanya memandang shahmin.
     Shahmin melambai-lambaikan tangannya di mata farah ‘’hallo?’’. Farah tersentap, farah terus bangun dan betulkan rambutnya. Cantiknya perempuan ni.. shahmin memandang tanpa berkelip, farah tidak keruan bila melihat shamin dekat dengannya.
     ‘’ saya shamin awak?’’ shamin memulakan bicara dan menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan. Persahabatan? Aii baru kenal dah persahabatan ke? Pape jela shamin oii.
     Farah menyambut huluran tangan shahmin. Aik. Dia tak cam aku ke? Atau perwatakkan dia berubah-ubah? Dekat kelas lain, dekat luar lain, ada ke orang macam tu sekarang? Alah.. zaman sekarang macam-macam bolehkan. ‘’far…. Tengku’’ farah hanya senyum.
‘’erm , makanan awak..’’  shamin menunjuk makanan farah  yang bertaburan.
‘’ bia je la.. lagi pun boleh beli baru’’ orang kaya apa-apa pun boleh farah farah
‘’ erm kalau macam tu saya belanja awak makan, sebagai tanda maaf boleh ?’’ hey shahmin tak payah tanda maaf bagai la sangat.. cakap je yang kau bosan sebenarnya jalan sorang-sorang habis cerita.
     Farah terpinga-pinga nak terima pelawaan dia ke tidak, kalau tak terima lapar.. kalau terima? Apa akan jadi.. tapi yang peliknya dia ni tak cam aku ke? Hallo shahmin! Saya ni Tengku Farah. Budak satu kelas dengan awak, sebelah meja awak lagi. Awak tak kenal saya ke?. Farah menggeleng.
     Shamin pelik tengok farah tetiba menggeleng, dia tak sudi kot..
‘’tak apa la , kalau awak tak sudi saya mintak maaf sekali lagi tau’’ bersopan gitu kau cakap ye, biar pun dalam hati tu kecewa.
‘’eh… saya sudi’’ terus farah menutup mulutnya..    
     Oh my god! Apa aku cakap ni….. farah menepuk-nepuk mulutnya. Shahmin tersenyum melihat gelagat si farah.. hey farah! Buat malu je la.
     Mereka berjalan masuk kedalam shopping complex Alamanda. Shahmin memilih  restoran chicken rice shop untuk makan tengah hari mereka. Farah hanya mengikuti sahaja. Shahmin mengambil tempat di hujung dinding, konon-kononya privacy la.
     Pelayan mengambil pesanan daripada mereka, setelah diambil pesanan mereka diam macam krik krik krik, hanya suara sekeliling yang kedengaran.
‘’erm, awak sekolah lagi ?’’ shahmin memulakan biacara.
‘’a.aa kenapa? Muka saya ni macam budak tak sekolah ke?’’ farah gelak kecil.
.Shahmin garu kepala ‘’a.aa, sekolah form berapa?’’ farah diam. Kenapa dia tak cam aku? Ooo. Mungkin kat sekolah aku bertudung dekat luar aku tak bertudung, lain ke muka aku? Hish.
‘’ saya tunggu jawapan awak ni’’ shahmin mengetuk meja.
‘’oh! Apa soalan awak tadi?’’ tu la kau farah khayal lagi.
‘’awak form berapa?’’ shahmin mengulang lagi soalan.
‘’ouh , form 5’’ farah senyum.
     Makanan yang dipesan sudah terhidang, mereka menjamu selera tanpa bercakap.
     Farah menghayunkan tangannya berjalan-jalan di alamanda. Shahmin yang berjalan disebelahnya hanya memandang sekeliling. Entah apa lah nak diboraknya. Farah memandang shahmin , dia ni peramah jugak.. tapi dalam kelas senyap pulak, agaknya taknak bercampur dengan budak kelas kut.. perlu ke aku bagitahu yang aku ni budak sebelah dia, tapi macam mana nak cakap ek? Hey shahmin, ni farah la budak yang duduk sebelah dengan awak, awak tak cam ke? Sambil buat gaya.. ish gedik pulak, hm pastu macam mana ek.
     Shahmin perasan gaya farah yang tetiba buat aksi ape tah, cakap sesorang.
‘’awak? Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?’’ shahmin menegur. Farah memandang shahmin menayangkan giginya yang comel tu.
‘’hehe, takda apa-apalah’’ farah garu kepala, shahmin ketawa ‘’apa la awak ni.. kalau ada masalah bagitahu, mana tahu saya boleh bantu’’ Farah hanya menggeleng.
     Mereka kearah kerusi yang telah disediakan oleh pihak alamanda, mereka duduk dan diam lagi. Almaklum la baru berjumpa, tak banyak cakap. Baru berjumpa konon, dalam kelas hari-hari jumpa. Farah membetulkan rambutnya ‘’erm, shahmin awak tak cam saya ke?’’ farah memulakan sesi berbual. Shahmin angkat kening macam ziana zain tanda tak faham. ‘’kita pernah jumpa ke? Kenapa pula Tanya macam tu?’’ farah senyum manis ‘’bukan setakat pernah, hari-hari setiap isnin hinggalah hari jumaat kita jumpa’’ shahmin masih lagi tak faham dengan jawapan farah ‘’ macam ni, saya Tengku Farah Bt Tengku Faizul yang duduk sebelah awak dalam kelas’’ farah mengangkat kening macam ziana zain pula. Shahmin sedikit terperanjat, lama matanya memandang farah.
     Farah mula rimas dengan pandangan shahmin. ‘’awak? Kenapa pandang saya macam tu?’’ shahmin menggeleng ‘’tak ada apa-apa’’ diam.. ‘’awak’’ mereka serentak bersuara. ‘’awak cakap dulula’’ shahmin memberi keizinan kepada farah untuk memulakan duhulu. ‘’awak tak cam saya ke?’’, terdengar ketawa shahmin ‘’ patut lah, saya rasa macam kenal awak, rupanya awak farah’’ shahmin menunukkan tangannya kearah farah, farah memandang pelik. ‘’kenapa? Apa yang kelakarnya’’ farah seakan menyampah dengan kelakuan shahmin. ‘’erm tiada apa-apa’’
     Suasana hanya bising dengan orang-orang yang berkunjung di shopping complex itu. Mereka tidak tahu apa yang mahu di bualnya. ‘’awak saya mintak diri dulu, dah nak pukul 7. Nanti kalau lambat sampai saya kene marah.’’ Shahmin mengangguk tanda faham. ‘’awak balik dengan apa?’’ ‘’saya naik bas je’’ farah senyum. Itulah dia, walaupun keluarganya seorang yang berkemampuan untuk menyediakan sebuah kereta  untuk dia berjalan-jalan, dia menolak dengan lembut kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa dia lebih suka buat kerja sendiri dan berjalan menggunakan perkhidmatan awam , bas ataupun teksi.
     ‘’ saya hantar awak balik’’ Shahmin membuka tawaran
‘’ eh, takpa lah saya boleh balik sendiri, lagipun tak susah naik bas pun’’ farah menolak dengan cara yang baik.
‘’ rumah awak kat mana? Mana tahu kita sehaluan, boleh saya hantarkan je..’’ Shahmin masih berkeras dengan tawarannya.
‘’ dekat presint 8, mesti tak sehaluankan.. okey la  saya pergi dulu nantikan terlepas bas pulak’’ farah gelak kononya kelakar la cakap macam itu.
‘’ siapa cakap kita tak sehaluan? Rumah saya area situ je’’ Shahmin mennganggkat daouble kening. Tak payah la nak tolak-tolak terima jelah.. lembab la kau ni farah.
      ‘Nak terima ke tawaran dia ni? dia dah tahu aku siapa kan. Kat kelas bukan main sombong, dekat luar sekolah waaa, baiknya cakap aa. Kita buat jual mahal sikit’ farah monolog dalam diri.
     ‘’jom la, anggap je kita kawan dah lama, lagi pun kita kan sekelas sebelah meja lagi. Terima la tawaran seorang member sekelas’’ amboi-amboi kau shahmin bukan main lagi ayat kau eh.
     Macam tu pulak, ehh dia ni banyak jugak songeh dia ek. Perlu ke nak terima? Dia cakap seorang member sekelas so apa masalahnya terima jelah. ‘’ erm okey lah, awak datang dengan apa?’’. ‘’ superbike’’ farah melopong!
‘wuhooooooo!’ nak suruh aku naik motor dengan dia biar betul. Kot ye pun tutup la mulut tu farah oii. ‘’superbike? Erm, takpe la saya balik sendiri’’ shahmin gelak ‘’tak lah dengan kereta la.. jom la’’ shahmin terus berjalan kea rah tempat parking. Kene lagi, mamat ni kalau jalan bukan nak tunggu orang ‘’ shahmin, tunggu la’’ farah terus mengejar shahmin.
    

     Puan Marliana membuka bilik anak bonsunya. ‘Kemana pulak budak ni’ Puan Marliana terus kebawah mencari Pak Mail, Pak Mail sedang mencuci kereta  di tegur Puan Marliana ‘’ farah kemana pak mail?’’ pak mail tidak tahu hendak bagi jawapan apa ‘’erm, dia ke alamanda puan’’ pak mail beritahu hal sebenar. Jelas kerisauan terpamir di wajah Puan Marliana ‘’alamanda? Sorang?’’ pak mail hanya mengangguk
     Sampai sahaja dihadapan rumah Farah, farah terus keluar dari kereta shahmin, dan menunggun shahmin pergi ‘’jumpa disekolah nanti’’. Farah masuk ke perkarangan rumahnya. Puan Marliana berada dihadapan rumah sambil mencekak pinggangnya, alamak! Gunung berapi nak meletuss! Belum sampai di pintu rumahnya Puan Marliana menjerit-jerit  ‘’ tengku farah binti tengku faizul! Awak dari mana??’’ farah tidak menjawab terus masuk kedalam rumah dan meletakkan kasutnya di rak. ‘’ nila dia budak zaman sekarang, orang tua bertanya bukan nak menjawab, degil macam ayahnya’’ Tengku Faizul yang khunyuk menonton berita terus berpaling, yelah dengar perkataan ‘macam ayahnya’ terus menggeleng ketawa ‘’awak ni, biar la dia tu, takkan nak terperok je kat rumah, sesekali biarla dia berjalan’’ Puan Marliana mengambil tempat disebelah suaminya ‘’abang, ana bukan apa, dia pergi dari pagi sampai ke matahari dah tak Nampak muka dah baru reti nak balik, mana saya tak risau, dah la, kita ni baru je lagi pindah’’ mak mah datang membawa kopi yang di pesan. ‘’awak sendiri jugak yang anak kita tu berdikari, sekarang tu, dia tengah belajar la tu’’ ‘’ish, cakap dengan awk ni ada je jawapannya’’ Puan Marliana terus berlalu ke dapur. ‘eh eh, orang wanita macam tu la gayanya’

BAB 3
     3bulan berlalu
     ‘’Shahmin kau Berjaya lagi! Tahniah kerana menang dalam pertandingan puisi’’ tang! Air coke berlaga. Farah hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada shahmin dan shahmin mengenyit matanya ‘’ehem ehem’’ shahmin berdehem ‘’ tanpa seorang perempuan yang cantik manis ni’’ shahmin pergi dekat farah ‘’ aku tak menang’’ semua orang kehairanan ‘’walawey!, itu kan berkat usaha kau la’’ haiqal dia sudah lama pendam perasaannya dekat farah, kerana terlalu lambat dia terlapas farah dari genggamannya, dia tak boleh melihat kemesraan yang terjalin antara farah dengan shahmin. ‘’sebabnya semua puisi tu ditulis oleh farah, dan aku hanya menyampaikan sahaja’’ hanani terkejut ‘’jadi ini semua karya kau farah?’’ farah malu ‘’ a’aah ye’’ ‘’kau bayangkan siapa masa kau menulis tu?’’ hazim mengusik. ‘’ dah tentunya abang shahmin kita ni’’ mereka semua ketawa dan ada ketawa keterpaksaan di situ, haiqal.
     Farah hanya bersendirian di dalam kelas sambil menunggu shahmin ke kantin untuk membeli makanan samentara di beri rehat untuk memulakan kelas tambahan. Haiqal berada disebalik pintu dia sudah tidak tahan dengan kemesraan farah dengan shahmin, dia berfikir masa inilah dia harus berterus terang. ‘’farah’’ haiqal berjalan menuju ketempat farah. Farah hanya senyum bila namanya dipanggil ‘’ aku ada sesuatu nak cakap dengan kau’’ serius muka haiqal
‘’ apa dia cakap la’’ farah terus meletakkan pensil dan memberi penuh perhatian dekat haiqal
‘’ aku sebenarnya suka dekat kau’’ haiqal berterus terang tanpa berkias. Farah terkejut, tapi dia masih boleh kawal
‘’ haiqal, kau tahu kan aku dengan shahmin’’ lembut farah berbicara
‘’ aku tahu, tapi salah ke aku ingin menjadikan kau suri hati aku?’’ tanpa segan silu dia memegang tangan farah, farah cuba menarik balik. Kuat sungguh genggaman haiqal.
‘’lepaskan tangan aku, haiqal’’. Tanpa di sangka shahmin terlebih dahulu menyaksikan perlakuan haiqal tanpa mendengar sebutir patah perkataan yang disembangkan.
‘’haiqal!’’ mereka berdua terkejut. Haiqal masih tidak mahu melepaskan tangan farah. ‘’sejak bila korang main kayu tiga dibelakang aku?’’ bengis wajah shahmin, farah meronta-ronta untuk melepaskan diri ‘’ aku tak sangka farah! Macam ni kau buat aku?? Kau couple senyap dengan member aku sendiri!’’ farah menggeleng ‘’tak! Dengar dulu’’ farah masih ingin melepaskan genggaman. ‘’ dah la, farah aku malas nak dengar pape, dan kau haiqal! Persahabatan kita sampai disini!’’ shahmin terus berlalu keluar dengan membawa begnya sekali. ‘’apa ni haiqal? Kenapa kau buat aku macam ni!??’’ farah terus menangis, menangis bukan kerana kehilangan shahmin, tetapi tangannya dipegang oleh haiqal. Haiqal diam masih tidak melepaskan tangan farah.
‘’ apa kamu buat dalam kelas berdua-duaan ni’’ mereka terkejut dengan sergahan ustaz.


BAB 4
           Kedua ibu bapa haiqal dan farah di panggil ke sekolah, tetapi orang tua farah tidak dapat hadir kerana mereka ke bandung urusan kerja. Hanya farah ditemani oleh pak mail. Setelah semua diceritakan oleh pihak sekolah tentang apa yang terjadi antara farah dan haiqal. ‘’ nasib baik saya sempat datang, kalau saya lambat, apa lagi yang mereka buat’’ farah diam tidak mampu untuk membela diri. Setelah selesai berbincang, ustaz meninggalkan mereka berlima.
     ‘’umi tak sangka haiqal buat umi macam ni, haiqal dah tak kenal hokum haram ke?’’ haiqal hanya membatukan diri. Farah terpandang shahmin di koridor.. shahmin meludah air liurnya dan menjeling terus pergi. ‘’ farah, pak mail percaya farah tak buat perkara terkutuk kan?’’ farah tidak tahan menahan airmata untuk jatuh, akhirnya air matanya jatuh jua. ‘’ pak mail, farah tak buat pun perkara tu, haiqal yang tetiba pegang farah’’ akhirnya tekeluar juga isi yang farah pendam. ‘’ dah la, nanti kita cerita ya, jom kita balik.’’
     Mereka berdua digantung sekolah selama 2 minggu. Sampai sahaja dirumah Puan marliana,tengku faizul dan abang dan kakaknya menunggu di ruang tamu, Puan Marlian tidak sabar lagi dan terus menampar anak bongsunya, tengku faizul hanya memandang sahaja tanpa membela. Berpusing farah sampai jatuh terduduk akibat tamparan puan marliana ‘’ ibu tak sangka kau perangai macam ni, kau dah gatal sangat nak berlaki ke?’’ selama 17 tahun farah hidup, walau semarah mana ibunya kepada farah, Puan marliana tidak pernah naik tangan dan membahasakan aku kau, dia menagis semahu mahunya.
     Tengku farisha tidak sampai hati melihat adiknya dipukul sebegitu, tengku farisha terus naik kebelik kerana tidak sanggup melihat farah dipukul.
     Farah melihat kakaknya naik kebilik, dia tahu semua keluarganya kecewa dengannya, apatah lagi bila tengku farhan tahu hal ini. ‘’papa tak sangka adik buat perkara tak senonoh belakang papa, selama ni papa percaya dekat adik, ini yang adik buat dekat papa??’’ tengku faizul terus menapak kebilik di ikuti dengan Puan Marliana. Farah hanya mampu menangis menangis dan menangis.
     Ketika berada dalam bilik tengku faizul termenung, adakah dia lupa dengan anaknya yang seorang ini, semua anaknya Berjaya dia lupa yang farah perlu di ambil berat. ‘’ saya tak tahu la, nak letak mana muka ni.’’ Puan Marliana memulakan bicara. ‘’awak fikir saya ni tak malu?’’ tengku faizul letak cermin matanya dimeja lampu. ‘’kita kahwinkan je la bang farah dengan budak sape ntah namanya’’ tengku faizul pandang serong ‘’ apa awak ni, budak tu baru form 5, nak dikahwinkan pulak’’ ‘’habis tu, abang nak biar je budak tu?’’ puan marliana mula naik angin ‘’ saya tak kira saya nak jugak kahwinkan dia dgn budak tu, nak menggatal sangat!’’. ‘’awak ni kenapa ana? Budak tu baru form 5, nak bagi anak kita makan apa??, fikir waras la sikit’’ Puan Marliana membetulkan kedudukannya. ‘’tak kita kahwin gantung, akad nikahnya dulu, bersanding bila budak tu ada kerja sendiri, baru dia boleh duduk satu rumah faham?’’ haih, puan marliana kesitu difikirnya, macam mana pulak dengan farah??=
BAB 5

‘’apa??’’ farah terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh kedua ibu bapanya.
     ‘’farah tak nak ibu, farah belajar pun belum habis lagi’’ farah melutut dihadapan ibunya. ‘’oo, tahu belum habis belajar, tapi farah menggatal kenapa? Tu bukan tak sabar ke nak berlaki?’’ ‘’tapi ibu, farah tak salah, haiqal yang datang cari farah, haiqal yang mula pegang tangan farah, farah dah cuba nak lepaskan genggaman dia, tapi ustaz yang Nampak, farah tak buat perkara senonoh tu ibu, percaya la cakap farah’’
     Puan marliana tidak mengendahkan rayuan farah. ‘’entahla, ibu tak tahu nak cakap apa lagi, salahkah ibu ni farah didik kamu?’’ farah menunduk kepalanya. ‘’jawab lah ibu Tanya ni’’ ‘’tak ibu’’ sepatah sahaja jawapannya. ‘’sekejap lagi keluarga haiqal datang, jangan nak buat hal’’ farah terkejut, dan terus naik ke bilik.
     Mak Nah dan Puan Marliana menghidangkan makanan di meja, biasalah tetamu nak datang mesti hidangkan makana yang enak enak di meja. Tengku Faizul terus kemeja makan apabila terbau hidangan yang di hiding. ‘’erm, sedapnya… ni siapa yang masak, Mak Nah ke Ana?’’ Mak Nah hanya menyentuh bahu Puan Marliana dan berlalu ke dapur. ‘’yeke awak yang masak ni?’’ Puan Marliana memandang hujung mata
‘’apa?? Awak fikir saya tak pandai masak semua ni?’’

Friday, 4 October 2013

hari ini punya cerita~

hay guys... today i'm okeyh! (tengok jer)
bosan larh! tak tahu nak buat ape!
bila nak ajak pakwe pegi date
di sibok nak main boling
eremm bia la kann  nak lepak dengan MEMBER tak kisah pun [:( ]
menggatal ? entah , berharap la dia tak menggatal
tapi kalau anak mungkar anak anjing menggedik?
dua dua aku sepak.
berani ?
pegi mampos la
wat ever!

sakit hati!
kenapa?
nak lepak dengan dia :(
nak cakap takut kene tengking tak pasal-pasal
kekadang aku ni mudah terasa pastu mula nak nangis
bila tahan nak nangis, sibuk mencarut dalam hati, nak luahkan dia cakap salah kita. tapi tak pernah dia nak faham apa yang kita luahkan apa yang kita nak. bila cakap macam tuh, bagai baling batu dia membalas ''pernah cayang amik tahu hal papa? pernah nak faham papa? pernah tak cayang fikir ape yang papa nak?'' amik kau sebijik batu besar kat kepala kau.
tapi........ selama ni...... entah ...  biarkan ia berlalu berhentinya waktu lalalallala nyanyi lagu faizal tahir kejap, tajuk? entah~
dia nak pergi main bolling!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 dah tu ?
:(... tak bagi pergi kang, cakap aku mengongkong.
minggu depan last kat sini , lepas tu cuti raya haji.
nak manje manje
opsss!
aku tahu batas la!
ermm k la bye~ assalamualaikum

Saturday, 3 August 2013

selamat hari raya

haiiiiii, dah lame ta update blog , dah berhabuk dah ni haaa... sorry ye korang blog lia ni bersepah , malas nak kemas. sebab takder mood nak raya.. hahah ( ade kaitan ke?? )
makin nak raya , makin banyak accident.. takot jer lia nak balik kg.. tapi dengan kereta api rase selamat jugak.
walaupun ade kes kereta api terbalik ... tapi berharap-harap xde terjadi macam tu la.
dah nak raya ni semua bermaafan, lupe sengketa lama. rase lega di hati pun ade.
korang dah beli baju raya? mesti dah kan... lia? ohhhh,, entah lah.. nak jahit baju xditerima sebabnye hantar lambat, beli baju raya ? entah ade saiz ke tak badan mcam aku nih... nak berfesyen pun takot nak try baju trend sekarang ni.. sebab ape , jangan cakap dekat sape-sape tau .. takot nampak perut..
semua bende tak beli.. korang xpe lakan semua dh beli. xcited la tu nak raya 
lia nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, mane silap salah lia harap di maafkan 
sebelum lia tamat kan penulisan untuk hari ni..
ade kad untuk korang nah.... 
jemput datang ke rumah.... DUIT RAYA tiade.. hahahaha .. makanan raya ade... haha
 



Wednesday, 31 October 2012


ingat tak .. yang hari tu lia ade post cerita bab 1 ?.. ni ha bab 2 .. so enjoy .. ;)

BAB 2
                     Kenangan bertunang hamper 1 tahun dengan zahim masih lagi dalam ingatan.1 tahun bukan waktu yang singkat . kalau budak baru lahir sampai je 1 tahun dah boleh melompat dan berjalan jatuh. Dan setahun itu lah menjadi kenangan yang tidak boleh di lupakan.
            Mohamad anish zahim bukannya hensem sangat, tapi budi bahasanyelah yang membuat asya jatuh hati dengannya. Dia tegas dengan penderiannya , tapi masih punya sikap yang boleh berlebih kurang jika di ajak bincang elok-elok. Dia bersyukur dapat menjadi tunangnya zahim tapi itu dulu. Sebelum insiden tragis itu datang !.
         Sebelum segala janji hancur , sebelum semua rahsia terbongkar. Dia wajar berterima kasih kepada malek. Jika malek tidak bagitau rahsia itu, tentu sahaja di percaya akan zahim dan di perbodohkan oleh zahim !
              Paling tragisnya pertunangan itu berlangsung hanya setahun tapi berlanjut sampai dua tahun. Mengapa segala janji manis sudah menjadi pahit ?
             Segalanya berubah selepas zahim terlibat dalam kemalangan ngeri. Hanya maut sahaja yang belum hadir. Sedangkan kemalangan itu terlalu ngeri bila dilihatnya . confirm ! tiade seorangpom yang selamat. Kalau nyawa itu bukan di tangan ALLAH sudah tentu zahim menjadi arwah !.
        Baz expres di laluan bertentangan terbabas lalu melanggar kereta zahim dan berpusing beberapa kali mengakibatkan zahim terhumban kedalam gaung. Dalam kepekatan malam zahim terperosok keluar macam seperti anak patong dalam iklan kemalangan jalan raya itu ! tubuh nya terperosok dalam gaung. Esokkannya baru dia di temui dalam keadaan sudah pengsan.tapi bukan die seorang . ada dua orang dalam kereta yang hancur bekecai itu !
          Koma 2minggu kerana bengkak pada otak membuatkan tempurung kepala lelaki itu di keluarkan . minggu ketiga setelah bengkak otaknya sudah sembuh baru lah tempurung itu di masukkan semula. Dan zahim seperti sudah mendapat kembali nyawanya semula. Bagaimanapun , setelah baik daripada koma lain pulak ceritanya.
           Emak zahin, hajah zubaidah terkejut. Bapanya haji zaid naik angin. Tak pasal-pasal mintak tanggunh pertunangan . sekiranya duit tidak cukup adik beradik boleh tolong tapi kenapa tiba-tiba mintak tangguh?.
   ‘’eloklah kita tangguh daripada kita teruskan’’ itu kata-kata zahin kepada kedua orang tuanya.
     Keputusan itu dibuat di atas katil di hospital sahaja. Siapa hendak percaya ? ibunya hajah zubaidah terkejut dan tidak setuju akan keputusan anaknya . bapanya ? tak usah di Tanya lagi la tidak setuju.
       ‘’tak tahu malu ke ?’’ marah haji zaid . memang cadangan anaknya tidak masuk akal. ‘’ kamu dah gila ? tinggal 3 bulan je lagi ! ‘’  mencuka haji zaid penuh mukanya berkerut kerana marah.
‘’ semua persiapan dah siap zahin . kalau kita tangguh hari menikah , orang mengata zahin. Mana nak letak muka ni.  Jangan buang tabiat lah !  tak pasal-pasaL orang kata kita punca segala hal tau tak ! ‘’ berkerut muka hajah zubaidah kerana sebal dengan kata-kata anaknya.
                        Memang ada sebab kenapa pertungan itu di tangguhkan. Bukan sekejap tapi lama. Emaknya hajah zubaidah bimbang akan asya di sambar orang.  Dalam masa setahun itu macam-macam boleh jadi.
‘’ zahin nak tunggu setahun lagi ke ? lame tu ! gila’’ tokok haji zaid . haji zaid meggeleneg kepalanya berkali-kali seakan tidak setuju dengan cadangan yang di beri anaknya. Dia bimbang jikalau asya di sambar orang lain . mana tidaknya nor nurin asyain gadis sopan santun tinggi budi bahasa hormnat orang tua. Sesiapa sahaja minat buat dia jadi menantu.
    ‘’rasanya asya pun tak setuju  dengan cadangan kau ni zahin’’ menyalar hajah zubaidah.
        Haji zaid meggelisah . ‘’ tak baik kita buat diorang macam ni . kita janji setahun stahun jela kenapa mesti tangguh 2 tahun? Nanti kita di tuduh mungkir janji”
        Cerita zahin lagi. Keputusan di tangan dia . biarlah dia membuat keputusan . kalau jodohnya kuat pasti akan berkahwin. Tetapi tidak sekarang. Mungkin .. bila masing-masing sudah tua nanti.
           Tapi kata-kata itu hanya penyedap sahaja. Tetapi hatinya gelisah tentang kenyataan tentang kemalangan ngeri itu.
            Cerita zahin suatu hari , dia seram sejuk mendengar kata-kata doctor . dia rasa hidupnya memang tidak bermakna lagi. Peluang untuk sembuh hanya ada 10 % sahaja.
                                  ‘’ mak tidak tahu hal sebenar…” perlahan zahin bersuara.
                                  ‘’ kenapa ? kamu dah ada perempuan lain ?’’  hajah zubaidah mula menjegilkan mata , dada zahin berombak kencang.
                   ‘’ tak apalah lain kali zahin bagi tahu. Sekarang ni zahin mintak tolong abah dan mak bagi tahu keluarga asya’’.
                   Lalu cadangan itu di sampaikan kepada keluarga asya. Mereka tu bukan orang lain pun . hajah zubaidah dan hajah wasilah  adalah adik beradik dan zahim dengan asya adalah sepupu !.
                      ‘’ hah ! tahun depan ?” terlopong haji hamid . haji zaid sudah menjangka perkara ini akan berlaku.  Soalan haji hamid membuat kan haji zaid tersentap . mereka saling berpandangan masing-masing diam melayan fikiran yang berkecamuk.
                       Asya sendiri tidak kisah setahun.. dua tahun… dia tetap menanti zahin menjadi suaminya. Macam cerita drama melayu. Asya bagaikan heroin yang sanggup menuggu heronya kerana kesetiaannya terhadap zahin.
                                      Saat manis di persekolahan , detik bahagia bersama , mengaji bersama, mengulangkaji bersama. Perlahan-lahan  telah memutik cinta.
                          Cinta itu di baja dengan sepenuh jiwa lalu di perkenankan oleh keluarga. Setelah tamat pengajian di university ikatan itu di satu kan dengan pertungan betapa manisnya saat itu !
                             Tapi segalanhya berubah setelah pertungan yang di janjikan selama setahun menjadi dua tahun. Siapa tidak sedih , eloknya pernikahan hamper sahaj di tambah lagi setahun. Namun asya sedikit terkejut tapi dia rela menunggu demi kasih sayang dia terhadap zahin.
                      Setiap hari berada di dalam lingkungan keluarga yang asyik bertanya kenapa tentang janji janji manis zahin  membuatkan dia bosan . soalan tentang bila , mengapa membuatkan asya rasa terperangkap.
                              ‘’takkan asya tak tahu kenapa ?’’
                        Asya diam.
                                         ‘’ ada di cakap kenapa ? entah-entah saja ja cari alasan’’
                        Asya mengeluh. ‘’ apa-apanya mak? Maksud mak ?atau sebenarnya mak dah tahu ?’’   
             ‘’ mesti dia ada sebab . entah-entah dia dah tawar hati . mungkin dah ada perempuan lain.’’  ‘’ emak . asya kenal zahin tu , tunang asya . asya tahu rahsianya’’ .. ‘’ apa rahsianya?’’ duga haji hamid. ‘’ apa rahsinya cakap lah… ‘’ sogok hajah wasilah ..
                Asya diam.  Dia tidak tahu sama ada perlu di cerita tau tidak. Sedangkan dia sudah berjanjin dengan zahin tidakm membuka mulut . rahsia tetap rahsia. Namun yang Tanya bukan orang lain emak bapanya sendiri. Dia tidak sanggup nak merahsiakan hal ni kepada orang tuanya.
              ‘’ apa rahsinya . mak dengan abah nak tahu je’’ asak hajah wasilah ‘’ kita anak beranak cakap jelah ‘’ berat hati asya nak membuka rahsia ang sudah di janji dengan zahin. Nanti dan nanti itu sahaja yang mampu di jawab sehingga mejadi suasana agak tegang.
               ‘’ ini bertunang ,  bukan hal kawan-kawan . berkawan lain . bertunang lain’’ hajah wasilah seakan member amaran.
     ‘’ abah tak mahu janji punya janji . terlerai gytu je.. mana nak letak muka ?’’ tegas suaRA  bapanya mejadi asya  kecut perut.
                 Sepanjang keluarga zahin balik. Hujan membasahi sekitar Bandar klang. Asya hanya memandang kosong rintik-rintik hujan itu. Asya menjadi sedih mengenangkan zahin. Zahin buat keputusan bagaikan dia tidak bersalah langsung dalam hubungan mereka. Rahsia zahin dalam genggamannya hamper terburai. Hamper tidak menjadi rahsia lagi.
               Suasana makin dingin . mengantuk la aku secepat mungkin . aku ingin tidur dan melupakan semuanya. Dan sayaitan menggoda kun yah la kau . jangan menabah ragu di hati ku
             Berdosakah aku merungkai janji ? asya berbisik dalam hati .sekarang ini bagai membukti pertunangan itu putus pihak perempuan akan membawa dulang yang pernah di berikan oleh pihak lelaki untuk pulang balik kepada pihak lelaki. Ah ! pedihnya hati emak. Sakitnya jantung abah !.
                Pertunangan putus ? bagaimana pula dengan hubungan adik beradik? Putus hubungan adik beradik bukan seperti putus tali timba .. tali timba boleh di sambung balik. Putus tetap putus.