ingat tak .. yang hari tu lia ade post cerita bab 1 ?.. ni ha bab 2 .. so enjoy .. ;)
BAB 2
Kenangan bertunang hamper
1 tahun dengan zahim masih lagi dalam ingatan.1 tahun bukan waktu yang singkat
. kalau budak baru lahir sampai je 1 tahun dah boleh melompat dan berjalan
jatuh. Dan setahun itu lah menjadi kenangan yang tidak boleh di lupakan.
Mohamad anish zahim bukannya hensem sangat, tapi budi bahasanyelah yang
membuat asya jatuh hati dengannya. Dia tegas dengan penderiannya , tapi masih
punya sikap yang boleh berlebih kurang jika di ajak bincang elok-elok. Dia
bersyukur dapat menjadi tunangnya zahim tapi itu dulu. Sebelum insiden tragis
itu datang !.
Sebelum segala janji hancur , sebelum semua rahsia terbongkar. Dia wajar
berterima kasih kepada malek. Jika malek tidak bagitau rahsia itu, tentu sahaja
di percaya akan zahim dan di perbodohkan oleh zahim !
Paling tragisnya pertunangan itu berlangsung hanya setahun tapi
berlanjut sampai dua tahun. Mengapa segala janji manis sudah menjadi pahit ?
Segalanya berubah selepas zahim terlibat dalam kemalangan ngeri. Hanya
maut sahaja yang belum hadir. Sedangkan kemalangan itu terlalu ngeri bila
dilihatnya . confirm ! tiade seorangpom yang selamat. Kalau nyawa itu bukan di
tangan ALLAH sudah tentu zahim menjadi arwah !.
Baz expres di laluan bertentangan terbabas lalu melanggar kereta zahim
dan berpusing beberapa kali mengakibatkan zahim terhumban kedalam gaung. Dalam
kepekatan malam zahim terperosok keluar macam seperti anak patong dalam iklan
kemalangan jalan raya itu ! tubuh nya terperosok dalam gaung. Esokkannya baru
dia di temui dalam keadaan sudah pengsan.tapi bukan die seorang . ada dua orang
dalam kereta yang hancur bekecai itu !
Koma 2minggu kerana bengkak pada otak membuatkan tempurung kepala lelaki
itu di keluarkan . minggu ketiga setelah bengkak otaknya sudah sembuh baru lah
tempurung itu di masukkan semula. Dan zahim seperti sudah mendapat kembali
nyawanya semula. Bagaimanapun , setelah baik daripada koma lain pulak
ceritanya.
Emak zahin, hajah zubaidah terkejut. Bapanya haji zaid naik angin. Tak
pasal-pasal mintak tanggunh pertunangan . sekiranya duit tidak cukup adik
beradik boleh tolong tapi kenapa tiba-tiba mintak tangguh?.
‘’eloklah kita tangguh daripada kita teruskan’’ itu kata-kata zahin
kepada kedua orang tuanya.
Keputusan itu dibuat di atas katil di hospital sahaja. Siapa hendak
percaya ? ibunya hajah zubaidah terkejut dan tidak setuju akan keputusan
anaknya . bapanya ? tak usah di Tanya lagi la tidak setuju.
‘’tak tahu malu ke ?’’ marah haji zaid . memang cadangan anaknya tidak
masuk akal. ‘’ kamu dah gila ? tinggal 3 bulan je lagi ! ‘’ mencuka haji zaid penuh mukanya berkerut
kerana marah.
‘’ semua persiapan dah siap zahin . kalau kita
tangguh hari menikah , orang mengata zahin. Mana nak letak muka ni. Jangan buang tabiat lah ! tak pasal-pasaL orang kata kita punca segala
hal tau tak ! ‘’ berkerut muka hajah zubaidah kerana sebal dengan kata-kata
anaknya.
Memang ada sebab kenapa
pertungan itu di tangguhkan. Bukan sekejap tapi lama. Emaknya hajah zubaidah
bimbang akan asya di sambar orang. Dalam
masa setahun itu macam-macam boleh jadi.
‘’ zahin nak tunggu setahun lagi ke ? lame tu !
gila’’ tokok haji zaid . haji zaid meggeleneg kepalanya berkali-kali seakan
tidak setuju dengan cadangan yang di beri anaknya. Dia bimbang jikalau asya di
sambar orang lain . mana tidaknya nor nurin asyain gadis sopan santun tinggi
budi bahasa hormnat orang tua. Sesiapa sahaja minat buat dia jadi menantu.
‘’rasanya asya pun tak setuju
dengan cadangan kau ni zahin’’ menyalar hajah zubaidah.
Haji zaid meggelisah . ‘’ tak baik kita buat diorang macam ni . kita
janji setahun stahun jela kenapa mesti tangguh 2 tahun? Nanti kita di tuduh
mungkir janji”
Cerita zahin lagi. Keputusan di tangan dia . biarlah dia membuat
keputusan . kalau jodohnya kuat pasti akan berkahwin. Tetapi tidak sekarang.
Mungkin .. bila masing-masing sudah tua nanti.
Tapi kata-kata itu hanya penyedap sahaja. Tetapi hatinya gelisah tentang
kenyataan tentang kemalangan ngeri itu.
Cerita zahin suatu hari , dia seram sejuk mendengar kata-kata doctor .
dia rasa hidupnya memang tidak bermakna lagi. Peluang untuk sembuh hanya ada 10
% sahaja.
‘’ mak tidak
tahu hal sebenar…” perlahan zahin bersuara.
‘’ kenapa ?
kamu dah ada perempuan lain ?’’ hajah
zubaidah mula menjegilkan mata , dada zahin berombak kencang.
‘’ tak apalah lain kali
zahin bagi tahu. Sekarang ni zahin mintak tolong abah dan mak bagi tahu
keluarga asya’’.
Lalu cadangan itu di
sampaikan kepada keluarga asya. Mereka tu bukan orang lain pun . hajah zubaidah
dan hajah wasilah adalah adik beradik
dan zahim dengan asya adalah sepupu !.
‘’ hah ! tahun depan ?”
terlopong haji hamid . haji zaid sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Soalan haji hamid membuat kan haji zaid
tersentap . mereka saling berpandangan masing-masing diam melayan fikiran yang
berkecamuk.
Asya sendiri tidak kisah
setahun.. dua tahun… dia tetap menanti zahin menjadi suaminya. Macam cerita
drama melayu. Asya bagaikan heroin yang sanggup menuggu heronya kerana
kesetiaannya terhadap zahin.
Saat
manis di persekolahan , detik bahagia bersama , mengaji bersama, mengulangkaji
bersama. Perlahan-lahan telah memutik
cinta.
Cinta itu di baja
dengan sepenuh jiwa lalu di perkenankan oleh keluarga. Setelah tamat pengajian
di university ikatan itu di satu kan dengan pertungan betapa manisnya saat itu
!
Tapi segalanhya
berubah setelah pertungan yang di janjikan selama setahun menjadi dua tahun.
Siapa tidak sedih , eloknya pernikahan hamper sahaj di tambah lagi setahun.
Namun asya sedikit terkejut tapi dia rela menunggu demi kasih sayang dia
terhadap zahin.
Setiap hari berada di
dalam lingkungan keluarga yang asyik bertanya kenapa tentang janji janji manis
zahin membuatkan dia bosan . soalan
tentang bila , mengapa membuatkan asya rasa terperangkap.
‘’takkan asya tak
tahu kenapa ?’’
Asya diam.
‘’ ada di
cakap kenapa ? entah-entah saja ja cari alasan’’
Asya mengeluh. ‘’
apa-apanya mak? Maksud mak ?atau sebenarnya mak dah tahu ?’’
‘’ mesti dia ada sebab . entah-entah dia dah tawar hati . mungkin dah
ada perempuan lain.’’ ‘’ emak . asya
kenal zahin tu , tunang asya . asya tahu rahsianya’’ .. ‘’ apa rahsianya?’’
duga haji hamid. ‘’ apa rahsinya cakap lah… ‘’ sogok hajah wasilah ..
Asya diam. Dia tidak tahu sama
ada perlu di cerita tau tidak. Sedangkan dia sudah berjanjin dengan zahin
tidakm membuka mulut . rahsia tetap rahsia. Namun yang Tanya bukan orang lain
emak bapanya sendiri. Dia tidak sanggup nak merahsiakan hal ni kepada orang
tuanya.
‘’ apa rahsinya . mak dengan abah nak tahu je’’ asak hajah wasilah ‘’
kita anak beranak cakap jelah ‘’ berat hati asya nak membuka rahsia ang sudah
di janji dengan zahin. Nanti dan nanti itu sahaja yang mampu di jawab sehingga
mejadi suasana agak tegang.
‘’ ini bertunang , bukan hal kawan-kawan . berkawan lain .
bertunang lain’’ hajah wasilah seakan member amaran.
‘’
abah tak mahu janji punya janji . terlerai gytu je.. mana nak letak muka ?’’
tegas suaRA bapanya mejadi asya kecut perut.
Sepanjang keluarga zahin balik. Hujan
membasahi sekitar Bandar klang. Asya hanya memandang kosong rintik-rintik hujan
itu. Asya menjadi sedih mengenangkan zahin. Zahin buat keputusan bagaikan dia
tidak bersalah langsung dalam hubungan mereka. Rahsia zahin dalam genggamannya
hamper terburai. Hamper tidak menjadi rahsia lagi.
Suasana makin dingin . mengantuk la aku secepat mungkin . aku ingin
tidur dan melupakan semuanya. Dan sayaitan menggoda kun yah la kau . jangan
menabah ragu di hati ku
Berdosakah aku merungkai janji ? asya berbisik dalam hati .sekarang ini
bagai membukti pertunangan itu putus pihak perempuan akan membawa dulang yang
pernah di berikan oleh pihak lelaki untuk pulang balik kepada pihak lelaki. Ah
! pedihnya hati emak. Sakitnya jantung abah !.
Pertunangan putus ? bagaimana pula dengan hubungan adik beradik? Putus
hubungan adik beradik bukan seperti putus tali timba .. tali timba boleh di
sambung balik. Putus tetap putus.
No comments:
Post a Comment